BSK Team Leader Certification Program
BSK Team Leader Certification Program

BSK Team Leader Certification Program

Regular price RM999.00 MYR Sale priceRM499.00 MYR
/
Shipping calculated at checkout.
18 reviews

PERCUMA untuk wakil BSK Sekolah

Kemasukan TOT ini termasuk:
1x penyertaan percuma buat musim BSK akan datang (woth RM499)
1x keahlian percuma eLearning VIP Lifetime (worth RM699)
1x buku KURUS Hardcover (worth RM99)

Berminat untuk sama-sama membanteras obesiti di Malaysia dan membawa ajaran BSK kepada komuniti anda? Atau anda seorang team leader atau peserta BSK yang ingin memperkukuhan ilmu "kurus" anda untuk membantu diri dan orang-orang di sekeliling anda?

Jom sertai kursus virtual LIVE BSK Team Leader Certfiication Course bersama Kevin Zahri dan keluarga Bukan Soal Kurus. Kursus ini focus kepada penerapan dan falsasah pengajaran program BSK sejak 2013.

For more information, sila layari https://bukansoalkurus.com/tot

Pengisian & Jadual TOT Certification

Kursus ini akan fokus pelbagai sessi perkongsian LIVE melalui Zoom untuk sessi pembelajaran dan soal-jawap yang interaktif. Berikut adalah jadual untuk sessi TOT yang akan bermula pada 9 Dec 2021 ini.

Percuma untuk wakil BSK Sekolah

Hasil tajaan NGO kami, kursus TOT ini adalah PERCUMA* buat semua wakil sekolah yang akan mengambil bahagian dalam kempen Bukan Soal Kurus Sekolah bersama NGO kami. Untuk maktlumat lebih lanjut dan pendaftaran sekolah, sila layari laman web kami di bukansoalkurus.com/sekolah.

Extra Benfits Buat Team Leader BSK

Value added benefit buat team leader BSK yang menyertai certification program TOT ini adalah keutamaan:

  • Menjalani program BSK Corporate
  • Media/TV appearances
  • Menjalan program-program fitness lain
  • Pemilihan sebagai BSK Team Leader
  • Profil "Certified Team Leader" dalam laman web

Nota: Keutamaan ini tertakhluk kepada terma & syarat.

Adakah hanya team leader dan wakil sekolah boleh sertai TOT ini?

Tidak. Ia buka kepada semua termasuk bekas peserta BSK, bakal peserta BSK, penggiat fitness, wakil corporate, ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu kawalan berat badan, pemakanan, senaman dll. 

Pakej BSK Certification Program ini? 

Semua peserta program ini, termasuk BSK Sekolah, akan menerima:

  • 10x sessi pembelajaran secara virtual bersama Kevin Zahri, termasuk rakaman.
  • 1x Keahlian eLearning Lifetime bernilai RM699
  • 1x Buku KURUS bernilai RM99
  • Bukan Team Leader: 1x Penyertaan BSK musim 4** bernilai RM149
  • Team Leader BSK: 8-week praktikal untuk kendalikan program BSK atau BSK Sekolah***
  • BSK Graduating Exam 
  • eCertificate (upon graduation)

 *Deposit RM50 diperlukan untuk mengesahkan tempat dan penghantaran buku KURUS anda. Deposit ini akan dikembalikan setelah kursus BSK TOT dilengkapkan dengan jayanya.

**Buat peserta TOT bukan Team Leader atau Team Leader Sekolah. Akan diberikan pilihan coach sebelum pendaftaran awam bermula. 

***Team Leader dan Team Leader Sekolah perlu memimpin dan menjayakan program BSK masing-masing dengan jayanya, termasuk sasaran penyertaan paling kurang 20x peserta dewasa.

Every purchase support our efforts to combat the rise of obesity and inactivity amongst our school communities. Check out out work here: NGO

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Customer Reviews
4.9 Based on 18 Reviews
5 ★
89% 
16
4 ★
11% 
2
3 ★
0% 
0
2 ★
0% 
0
1 ★
0% 
0
Customer Photos
Write a Review Ask a Question

Thank you for submitting a review!

Your input is very much appreciated. Share it with your friends so they can enjoy it too!

Filter Reviews:
  • knowledge
  • program
  • journey
  • lifestyle
  • training
  • topics
  • individual
  • lots
  • understanding
  • chance
SI
25/11/2021
SHARIFAH I.

BSK Sekolah

SEMUA PESERTA BSK SEKOLAH TELAH BERJAYA MELAKUKAN SEMUA CHALLENGE DAN AKTIVITI YANG TELAH DIRANCANG OLEH PIHAK BUKAN SOAL KURUS SEKOLAH. KEBANYAKAN PELAJAR MERASA GEMBIRA APABILA MENYERTAI PROGRAM BSK SEKOLAH INI. PELAJAR TERUJA UNTUK BSK SEKOLAH PADA TAHUN HADAPAN. GURU, MRSM Bentong.

AS
25/11/2021
AINIL S.
Malaysia Malaysia

BSK Sekolah

Program BSKS sangat bermanfaat kepada semua warga sekolah sama ada murid, guru, pentadbir dan ibubapa. Selain dapat pendedahan dan ilmu tentang kesihatan dan kecergasan ianya juga dapat merapatkan hubungan seluruh warga sekolah serta kenalan daripada komuniti luar. GURU, SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR.

Kevin Zahri - Bukan Soal Kurus Store BSK Team Leader Certification Program ReviewKevin Zahri - Bukan Soal Kurus Store BSK Team Leader Certification Program Review
CR
22/11/2021
Coach R.
Malaysia Malaysia

Testimonial Bukan Soal Kurus 3

Untuk memgetahui apa itu BSK program pastinya ada banyak jawapan yg dpt kita akan dapat hasil daripada pengalaman peserta itu sendiri. kerana kepastiannya hanya terjawab dengan mengetahui apakah sebab asal usul peserta itu menyertainya. BUKAN SOAL KURUS itself memberi pelbagai maksud dan tanda tanya. Bagi Coach Riz sendiri, pada asalnya adalah ingin mencabar diri dalam turut membantu orang ramai dalam perkongsian maklumat dan cara pengurusan dalam kesihatan, baik dr segi kecantikan, mental health, senaman, bina badan mahupun perancangan pemakanan. Selain ingin turut menglibatkan sekali lagi dalam program Kevin Zahri sendiri bagi mengikut cara yang terbaik dan terkini. Program yg mengikuti zaman tecknology zaman norma baru. Tidak lupa jugak kerana ingin bersatu bersama team-team BSK dan coaches lain yg tidak jemu membantu #samasamanaik. Program 8 minggu ini adalah hasil baik pulih sejak Program Kevin Zahri JOM SIHAT, JOM KURUS dan kini BSK 8 minggu. Nantikan kemunculan kami dlm BSK4 Hybrid, hasil gabungan kesemuanya ini.

CK
22/11/2021
Coach K.

Testimonial Bukan Soal Kurus 3

"Welcome BSK 4, Sebagai Jurulatih BUKAN SOAL KURUS, pastinya BSK 4 musim baru sangat di nanti-nantikan. Ini kerana BSK 4 akan mempunyai latihan workout secara hybrid juga virtual. Rasa sangat teruja kerana ini merupakan musim ke-4, saya menjadi Jurulatih BSK dari Musim pertama hingga musim ke 3. Sepanjang mengendalikan BSK selama 3 musim, peserta-peserta BSK terdiri daripa latar belakang yang berbeza dan mereka really AMAZING... Tasks yang diberikan kepada peserta Team Coach Katt, mereka dapat melaksanakan dan menyahut cabaran COACH. Sebagai Jurulatih BSK, saya juga mendapat support from KZ and Head Coach, Andy. Setiap jurulatih mempunyai keistimewaan masing-masing. Jom sertai BSK 4."

CH
22/11/2021
Coach H.
Malaysia Malaysia

Testimonial Bukan Soal Kurus 3

Alhamdulillahirabbila'lamin, Segala puji hanya untuk Allah SWT kerana telah meletakkan saya dalam sebuah perjalanan yang unik dan istimewa sebagai jurulatih kecergasan BSK3. Perjalanan sebagai coach ini juga amat istimewa kerana Kevin Zahri, Andy Teh dan tim sangat-sangat profesional dan mesra dalam mengendalikan program ini disertai oleh seluruh rakyat Malaysia ini. Program ini memberi peluang untuk saya menimba pelbagai data, maklumat dan ilmu. Lebih-lebih lagi kepada karier saya dalam bidang kesihatan. Kesemua pengalaman ini amat berguna untuk menghadapi kehidupan saya. Pengalaman untuk mengenali jurulatih-jurulatih daripada pelbagai latar belakang dan bidang amat bernilai. Sifat rendah diri dan sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman sentiasa membantu saya dan saya pasti jurulatih lain juga terutama seperti saya yang pertama kali menyertai program ini sebagai jurulatih. Banyak kemajuan yang saya rasai untuk diri saya dan saya lihat dalam kalangan para peserta seperti penurunkan berat badan, pengatasian masalah kesihatan minda, peningkatan moral kendiri dan bermacam-macam lagi. Saya amat menyukai 'tagline' 'IKUT SUKA KAU' dan 'LISTEN TO YOUR BODY'. Alhamdulillahirabbila'lamin. Oleh itu, saya berharap Kevin Zahri dan tim dapat menjayakan program kali ini untuk membantu semua rakyat Malaysia dalam hal kesihatan. Sekian, terima kasih.

CM
22/11/2021
Coach M.
Malaysia Malaysia

Bukan Soal Kurus 3 Testimonial

I'm very thankful for the experience i had from BSK season 1,2,3 as a coach. BSK is an awesome platform where you get to learn from so many coaches and experts from different field and background. Apart from that, I learn so much from my peserta as well. The friendship we build throughout the 8 weeks journey are precious. It was an amazing journey for me and i'm definitely looking forward to more of BSK in the future.

CS
22/11/2021
Coach S.
Malaysia Malaysia

Testimonial Bukan Soal Kurus 3

"Menjadi salah seorang coach untuk BSK musim ke 2 dan ke 3 adalah satu pengalaman yg amat berharga buat saya. Saya berpeluang untuk bertemu dengan ramai peserta yang punyai berbagai latar belakang, masalah dan keadaan yg berbeza-beza antara satu sama lain. Ini memberi peluang kepada saya untuk lebih memahami keperluan kecergasan dan kesihatan yang berbeza mengikut situasi individu masing2. Saya amat menghargai peluang ini kerana banyak ilmu yang saya pelajari. Program BSK satu program yang santai, tidak beri tekanan dan banyak memberi peluang dan ruang untuk peserta gunakan sebaik mungkin. Tips2 dan ilmu2 yang disediakan oleh Sir Kevin amat padat dan sungguh bermanfaat. Barisan2 coach yg bersama dalam program juga semuanya berpengalaman, penuh ilmu dan pelbagai latar belakang. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menimba ilmu untuk menjadi coach yg lebih baik dan dpt memberi yg terbaik untuk peserta2. Terima kasih tak terhingga Sir Kevin dan barisan pengurusan BSK kerana memberi peluang. Ilmu yg ditimba tak akan di sia2kan, inshaaAllah sama2 semoga saya dpt memberi manfaat buat yg lain. "

CS
22/11/2021
Coach S.
Malaysia Malaysia

Testimonial Bukan Soal Kurus 3

Pengalaman terpilih menjadi salah seorang daripada barisan jurulatih kecergasan melalui platform Bukan Soal Kurus Musim Ketiga merupakan pengalaman dan perjalanan yang sangat indah dan sangat bermakna buat diri saya. Pelbagai ilmu diperoleh dari segi diet mahupun dari segi kecergasan fizikal dan mental, disamping dapat mengenali pelbagai jenis jurulatih kecergasan dan fitness enthusiasist dari pelbagai latarbelakang dan mempunyai pelbagai kemahiran dan keunikan masing - masing. Hal ini menjadikan program ini sangat berbeza dan sangat bererti buat setiap individu yang menyertainya. Jurulatih mahupun peserta, menjadi seperti sebuah ahli keluarga yang sangat akrab dan mesra. Program BSK membantu para jurulatih kecergasan untuk menambah ilmu pengetahuan, mengasah kemahiran dan bakat dalam menjalankan sesi kecergasan dengan lebih baik. Melalui BSK, saya dapat mendalami ilmu kecergasan dan diet dengan lebih mendalam menerusi sesi yang dianjurkan bersama tetamu jemputan yang terdiri daripada latarbelakang doktor perubatan, dietitian, nutritionist yang berkelayakan dan berpengalaman. Hal ini turut membantu saya selaku jurulatih untuk meneroka ilmu baharu yang berguna buat setiap individu yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai jenis gaya hidup yang berbeza dan membina ikatan kekeluargaan yang erat dalam menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan cergas. BSK merupakan platform dan medium yang sangat bagus buat individu yang ingin memulakan gaya hidup yang sihat dan lebih aktif. Jum sertai BSK, sangat recommended dan saya pasti anda akan gembira dan akan menjadi titik permulaan untuk anda menjadi lebih sihat dan lebih aktif dengan pelbagai ilmu yang diberikan. Jumpa anda di BSK yang akan datang. STAY SAFE, STAY HEALTHY AND STAY FIT. ingat, ianya Bukan Soal Kurus semata mata tapi lebih dari itu. Enjoy your fitness journey with BSK.

CL
22/11/2021
Coach L.
Malaysia Malaysia

Testimonial Bukan Soal Kurus 3

Peluang menjadi jurulatih BSK Musim ke 3, sangat-sangat memberi pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Saya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai Jurulatih dalam bidang fitness. Pengalaman bersama para peserta untuk menjalani gaya hidup sihat selama 8 minggu sangat memberi impak positif kepada para peserta & diri saya sendiri.

CG
22/11/2021
Coach G.

Testimonial Bukan Soal Kurus 3

Pengalaman sebagai jurulatih BSK 2 & 3 memberi impak yang sangat betmanfaat kepada diri saya dan juga para peserta dengan penglibatan para jurulatih kecergasan dan doktor2 pakar serta pakar2 nutrisi dimana kami sama2 berkongsi pandangan serta ilmu yg bermanfaat buat semua peserta termasuk untuk diri saya sendiri.Di BSK 2 & 3 banyak saya pelajari dan memantapkan lagi diri saya sebagai jurulatih kecergasan bertauliah dan berdedikasi.Oleh itu saya berjaya membinbing para pesrta saya dalam misi menjayakan matlamat kearah kehidupan lebih sihat dan betkualiti. Bukan soal kurus adalah sebuah program yg sangat efektif .Saya berharap semiga program bukan SOAL KURUS akan terus mengadakan program sebegini masa akan datang. Terima kasih kepada sir kevin zahri, miss gayatri dan kuga Andy teh kerana terus memberi kepercayaan dan orluang kepada saya bagi bersama menjayakan program BUKAN SOAL KURUS untuk musim yang ke 4.

CA
22/11/2021
Coach A.
Malaysia Malaysia

Testimonial Bukan Soal Kurus 3

"Alhamdulillah Syukur kepada Allah swt .Allah is always the Greatest kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi jurulatih kecergasan di dalam Program Bukan Soal Kurus yang ke3.Juga Terima Kasih kepada Kevin Zahri dan team kerana memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan salah satu group di dalam program ini yang disertai oleh seluruh rakyat Malaysia ini. Program Bukan Soal Kurus ini memberi peluang kepada saya selaku fitness trainer yang berniqab untuk mengembangkan karier saya di dalam bidang kecergasan dan pengalaman untuk mengenali lebih ramai jurulatih dari pelbagai latar belakang, kepakaran diet, kepakaran senaman dan seni mempertahankan diri.Pengalaman ini sangat berharga serta ilmu yang saya perolehi dari jurulatih-jurulatih lain amat bernilai.Mereka tidak lokek ilmu dan sentiasa membantu jurulatih lain yang memerlukan. Banyak kejayaan-kejayaan yang saya peroleh dari peserta-peserta saya sendiri contohnya peserta yang dapat menurunkan berat badan, reverse their mental problems symptoms with proper diet yang saya ajar di dalam program dan juga yang paling saya tidak dapat lupakan iaitu saya telah terpilih menjadi ""The Best New Coach for BSK3"". Alhamdulillah sekali lagi.Syukur kehadrat Illahi.Oleh itu, saya berharap tuan Kevin Zahri terus menjayakan program ini dengan jayanya untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang struggle dengan masalah berat badan, masalah mental dan lifestyle management, Thank You. -Coach Alynn, #fitforAllah-"

CK
22/11/2021
Coach K.
Malaysia Malaysia

Testimonial BSK3

Pengalaman saya sebagai jurulatih BSK Musim ke 2 dan ke 3 sangat mengagumkan. Satu-satu program kesihatan yang melibatkan ramai trainer yang bertauliah, berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang kesihatan dan kecergasan. Terima kasih kepada Kevin Zahri dan Persatuan Obesiti Malaysia yang terus menganjurkan program ini dengan baik dan cemerlang. Bukan soal kurus bukan sahaja saru platform untuk membantu rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan tetapi juga sebuah program yang menyajikan hubungan kekeluargaan, kasih sayang, pembakar semangat dan pendorong kepada peserta-peserta program dalam menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan berpanjangan.

22/11/2021

Kevin Zahri - Bukan Soal Kurus Store

Thank you so much for your neverending support KakCik. We are truly blessed to have you with us.